Assalamu Alaikum blogger...
Hmm..pernah x uolls rasa yg routine solekan uolls x cukup meletoppp ???
Aku ni pn bulan lepas baru terfikir tang tu. Hu..hu.. Tu pn psl aku nk kelihatan cantik, secantik pengantin (anak menantuku).
Sehari sebelum anak aku nikah, akupun pergi Aeon Bukit Indah utk cari mekap pe yg patut aku beli. Kalau dapat makeover dari promoter lagi baikkk...
Nak cari brand apa ye? Alah untuk 1 hari jer so xyah yg mahal. Aku ni mak pengantin jerla..
Hah. Dulu aku pernah gak guna jenama Elianto. Harga ok mampu milik.
So carilah kedai Elianto. Jumpa kt tingkat 2. Survey2 produk dan harga. Hmm..boleh tahan. Within my budget. So datanglah promoter senior ni. Aku cakap straight forward je dgn dia yg aku nk mekap yg over sikit untuk majlis perkahwinan anak aku.
So dia pn slow2 rekomen produk dia. Mula2 spray air mist kt muka aku sebab dia kata muka aku kering. Sejuk rasa muka. Lepas tu tepek dengan Fixing Cream. Guna span blend tarik dari pipi ke atas.
Alamak hidung x cantikla...no problem. Dia guna eyeshadow stick warna coklat lukis 2 garis atas batang hidung. Blend kt tepi hidung biar nampak gelap sikit. Uikk.. pat hidung belum habis lagi. Nak nampak ilusi hidung mancung (bukan hidung tunggi) dia lukis pulak garis sepanjang tulang hidung dengan eyeshadow stick warna putih. Blend. Waah...hidungku mancung!!!! Bak omputih. Aku suka ..
Giliran pipi pulak. Sapu rouge warna pink gitew.
Kening dan mata dia x usik sangat sebab aku dah apply siap2 dari rumah.
Tang bibir dia tanya aku pernah guna warna merah terang x? Oh no...!! Tak pernah cuba sebab takut nanti nampak garang pulak. Dia senyum je. Dia pujuk suruh aku cuba lip colour no. 313. Memang merah, memang nampak garang eh tapi caktik arr..
Dah habis tenyeh muka aku, tangkap gambar. Memang awesome. Aku sukaaa...
Last2 akupun belilah beberapa barang. RM200 lebih gak aku bayar.
Lepas tu aku sambung pula shopping barang lain. Ramai gak orang yg tengok2 aku. Sedapkan hati yang aku nampak cantik. Wallahu Alam.
Hasilnya, nak tahu jugak? Marvellous..delicious..contagious...
Teman2 semua puji. Memang nampak macam mak pengantin. Kira setaraf dengan pengantin.
Begitupun aku bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar. Itu sebenarnya yang aku inginkan. Majlis yang meriah dan penuh berkah.






